Home Art Bungalow s.b

Reka Bentuk & Bina

Penyelesaian Lengkap untuk Rumah Idaman Anda

Sebagai kontraktor berdaftar CIDB Gred G7, kami menawarkan kepakaran yang dipercayai serta perkhidmatan menyeluruh dari peringkat reka bentuk hingga pembinaan, semuanya di bawah satu bumbung.

Reka Bentuk Eksklusif

Setiap reka bentuk dirancang secara khusus mengikut citarasa, keperluan dan gaya hidup anda

Jaminan Kualiti

Mengutamakan penggunaan bahan binaan berkualiti & bagi memastikan setiap projek memenuhi standard kualiti yang ditetapkan

Pasukan Profesional & Berpengalaman

Tenaga professional berkemahiran dengan pengalaman luas dalam bidang masing-masing

Perkhidmatan Menyeluruh

Daripada perancangan dan reka bentuk hingga pembinaan siap, kami komited mereliasasikan rumah banglo idaman anda

Mengenai Home Art Bungalow s.b.

Dari Impian ke Realiti,
Dari Reka Bentuk ke Kediaman

Berpangkalan di Seri Kembangan, Selangor, Home Art Bungalow Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan banglo eksklusif yang menyeluruh di Selangor dan Kuala Lumpur, daripada perancangan awal hingga pembinaan siap.

Dengan mengutamakan reka bentuk tersendiri, mutu kerja berkualiti dan ketelitian dalam setiap perincian, kami komited untuk merealisasikan kediaman yang mencerminkan citarasa, keperluan dan gaya hidup anda.

0 +

Tahun Pengalaman

Hasil kerja berkualiti serta penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan anda.

0 %

Persamaan dengan Reka Bentuk 3D

Reka bentuk yang dirancang dengan teliti dan direalisasikan mengikut perancangan, meminimumkan perubahan dan perkara di luar jangkaan.

0 +

Projek Siap

Setiap projek mencerminkan kecemerlangan, ketelitian dan kualiti yang tahan lama.

Perkhidmatan Kami

Penyelesaian Menyeluruh untuk Rumah Idaman Anda

Reka Bentuk Seni Bina

Reka bentuk kreatif dan praktikal yang disesuaikan dengan visi serta gaya hidup anda.

Pembinaan Bangunan

Pembinaan berkualiti dengan ketelitian tinggi menggunakan bahan dan teknik terbaik.

Reka Bentuk Dalaman

Penyelesaian dalaman yang bergaya dan praktikal bagi meningkatkan pengalaman kehidupan anda.

Pengurusan Projek Pembinaan

Pengurusan projek yang menyeluruh bagi memastikan setiap proses berjalan lancar dan teratur.

Projek Kami

Projek Pilihan

Keselamatan

•

Reka Bentuk

•

Kualiti

•

Harga

•

Perkhidmatan Selepas Jualan

Testimoni Pelanggan

Kepercayaan Dibina, Kualiti Dibuktikan

Kepakaran dan Pengiktirafan Kami

Dipercayai. Diiktiraf. Terbukti Berkualiti.

F.A.Q

Soalan Lazim

Kami menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap bagi memenuhi setiap keperluan projek pembinaan anda.

Perkhidmatan kami merangkumi rundingan awal dan penilaian keperluan pelanggan, penyediaan reka bentuk seni bina dan kejuruteraan, serta pengurusan permit dan kelulusan yang diperlukan. Kami turut menyediakan perkhidmatan pengurusan pembinaan bagi memastikan setiap projek berjalan lancar dan teratur.

Pasukan reka bentuk dalaman kami mengendalikan setiap aspek, daripada perancangan ruang hingga pemilihan bahan kemasan, perabot dan kelengkapan dalaman yang bersesuaian.

Selain itu, kami menyediakan perkhidmatan penyiapan dan penyerahan projek, serta sokongan selepas pembinaan bagi memenuhi keperluan susulan dan pelarasan yang diperlukan.

Kami menyediakan perkhidmatan di kawasan Lembah Klang, termasuk Selangor, Kuala Lumpur (KL) dan Nilai. Jika anda berada di luar kawasan ini, jangan ragu untuk menghubungi kami dan kami boleh berbincang sama ada kami dapat memenuhi keperluan projek anda.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2008, dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam mengendalikan projek pembinaan.

Tempoh sesuatu projek pembinaan bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz projek, tahap kerumitan dan reka bentuk. Namun begitu, kebanyakan projek kediaman mengambil masa antara 8 hingga 12 bulan untuk disiapkan, manakala projek komersial yang lebih besar atau projek custom mungkin mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan atau lebih.

Kami menyediakan jadual masa dan pencapaian projek yang terperinci semasa peringkat perancangan bagi memastikan semuanya jelas dan projek berjalan mengikut perancangan.

Kami mempunyai pasukan dalaman yang berkemahiran dan berpengalaman dalam aspek utama pembinaan serta reka bentuk. Bagi kerja-kerja khusus atau projek berskala besar, kami turut bekerjasama dengan subkontraktor yang dipercayai dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Pendekatan ini membolehkan kami mengekalkan standard kualiti yang tinggi, mendapatkan kepakaran khusus mengikut keperluan projek serta memastikan penyelarasan, pemantauan dan pengurusan keseluruhan projek dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Ya, kami menyediakan jaminan bagi perkhidmatan pembinaan banglo kami. Tempoh jaminan mungkin berbeza bergantung pada jenis kerja yang dilaksanakan serta bahan yang digunakan dalam projek anda.

Maklumat lengkap mengenai skop perlindungan dan tempoh jaminan akan dinyatakan dalam kontrak bagi memastikan anda memahami dengan jelas perkara yang dilindungi serta tempoh jaminan yang diberikan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan selepas projek siap diserahkan, kami sentiasa bersedia untuk membantu bagi memastikan kepuasan dan keyakinan anda terhadap perkhidmatan kami.